November 29, 2008

~Selamat Bertunang~


Date : 29 November 2008 (Sabtu)
Place : Bukit Baru Kg Ku Sayang, Melaka
Pasangan : Muhammad Ridzuan & Norazita

November 25, 2008

~Beli ikan kat pasar~


~ikan merah~

25 Nov 08 aji telah membawa mak ke pasar besar,Melaka....sementara dok ikut mak tu,aji sempat la dok ngambik gambar2 ikan yang mak beli...

kalu nak tahu,dalam mcm2 masakan laut mak buat,aji paling suka sambal tumis ikan tenggiri mak....wow,tak boleh tahan.....hehe

~ikan tenggiri~

~ikan kembong~

~ikan bawal~

~sotong~

~ketam~

~ikan layang-layang~

November 20, 2008

~Kawan2 yg berpindah @ bertukar sekolah~

Tahun depan aji dah tak bersama ngajar ngan kawan2 aji ni...diorang antara kawan yg rapat ngan aji...sedih gak bile dpt tahu diorg dpt tukar(aji tk dpt!huhu..),tp nak wat mcm mane kan,setiap pertemuan pasti ada perpisahan...so,semoga kawan2 aji ni dpt meneruskan kerjaya mereka dgn jayanya...amin....


En Ku Munir B Ku Halim (Kedah)


Pn Nur Suhana Bt Ismail (Perak) & Cik Zuhirani Bt Saad (Kedah)


Pn Ruslida Bt Abdul (Negeri Sembilan) & Pn Zaleha Bt Ismail (Johor)


Abg Ujang..

November 15, 2008

~Selamat Bercuti~

Glitter Words

Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar seMalaysia......kepada guru-guru juga,selamat bercuti sepanjang sebulan setengah ini (15 November 2008 ~ 4 Januari 2009)...hehe..

November 07, 2008

~Jika Korang Lelaki...~

Jika korang seorang perempuan, memang tak kisah kalau korang lakukan perkara-perkara ni,tapi jika korang lelaki mesti semua yang berada disekeliling korang gundah gulana...

  • Mencuba lipstik di pasar raya.
  • Memakai kasut tumit tinggi.
  • Masuk tandas perempuan.
  • Duduk bersimpuh dengan sopan.
  • Jalan berpinpin tangan dengan lelaki.
  • Berpakaian sedondon dari atas sampai bawah.
  • Mengenakan skirt singkat yang ketat dan terbelah hingga ke peha.
  • Tak pergi sembahyang Jumaat.

November 05, 2008

~Pengaruh JEPUN~

Kesan penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu memang banyak meninggalkan kesan sehingga ke hari ini...tak caye? jom,kat bawah ni ade beberapa pengetahuan atau benda yang masih berkaitan dengan Jepun....

  • Kita pergi tandas menggunakan selipar Jepun...betul kan?
  • Bila anak wat salah kita bagi diorang penampar Jepun! hehe
  • Motosikal buatan Jepun banyak kat Malaysia ni....contohnya Honda Ex5....
  • Makin banyak Restoran Jepun kat Malaysia ni....
  • Kat Johor ada nama kampung Parit Jepun tau...
  • Bile nak cite hantu je,ade kaitan ngan hantu askar Jepun...
# Semuanya datang dari Jepun....wawawa......

November 04, 2008

~Happy Birthday~




#Aminin ni merupakan anak kawan Aji (Kak Leha)



Hari ni merupakan hari lahir yg ke 25 wat kawan Aji ni....
#Happy Birthday buat Mawaddah Naim (Kawan Munshi)

~Perkahwinan Mohd Fhaishal Othman~


Nama Pasangan : Mohd Fhaishal B Othman & Norhayati Bt Misran
Date : 2 November 2008 (Ahad)

Place : Sungai Besar, Selangor
Time : 1.30 p.m.

~Mohd Fhaishal Othman ialah kawan Aji di Maktab Perguruan Islam, opsyem Mathematics/Pengajian Islam...


*jerry pun ada...


*Mazida n Hakim pun datang

November 02, 2008

~Sukan SKPD ke-42 (2008)~


Date : 1 November 2008
Time : 7.30 a.m ~ 12.30 p.m
Place : Padang PULAPOL,Jln Semarak,KL



Pada Sabtu 1 November 2008 yg lalu SKPD telah berjaya melaksanakan Sukan Tahunannya yg ke-42.Alhamdulillah semuanya berjaya diselesaikan tepat pada waktunya iaitu pada jam 12.30 tgh/hari. Aji selaku Setiausaha sukan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat tidak kira secara langsung atau tidak bg menjayakan sukan sekolah ini.
Pada tahun lepas,rumah hijau telah merangkul kejuaraan keseluruhan,dan pada tahun ini juga rumah hijau telah mengulangi kejuaraan yg sama dengan mengumpul mata 670,manakala kedua rumah merah dgn mata 655,ketiga rumah biru 516 dan rumah kuning 500.

Bagi olahragawan tahun ini dianugerahkan kepada Harvind Prassad (3 emas) dan olahragawati pula Nik Nur Ashikin (2 eamas 1 perak).

*beberapa gambar yg diambil aji

~1st time kalah~

TOTTENHAM HOTSPUR 2 - 1 LIVERPOOL
Saturday 1 November 2008 17:30 , Barclays Premier League


Perlawanan antara Tottenham Hatspur & Liverpool awal pagi tadi begitu mengecewakan bagi aji...mana taknye,Liverpool kalah pada team tangga tercorot...tapi takpe,sekurang2nya team Liverpool masih berada bersama Chelsea di tangga teratas...cube lagi Liverpool...

"You'll never walk alone"


*kekecewaan di muka pemain....