December 27, 2008

~SELAMAT BERHUJUNG MINGGU~

December 24, 2008

~Animal World Safari, A'Famosa~



Aji & family Kak Nita g ke Animal World Safari @ A'Famosa, Alor Gajah, Melaka..tujuan g jalan2 ni pun coz nak bawak si Manan yg tak pernah g ke sana..hehe..tapi nak tahu kisahnye,si Manan ni boring pulak dia..(tapi kalu tang BEN10 memg dasyat dia ni..hehe)

Kami g lewat gak selepas Hanan balik dari Tuisyen,so smpai2 terus dpt tgk show Wild Wild West..fuh,nasib baik sempat. Pastu kami terus dapat tgk show2 berikutnya,(multi animal show,bird show n elephant show). Wat sesiapa yg nk ke sana kene la pilih time yg sesuai,show2 berulang 2 kali sehari,belah pagi n ptg..

Ape2 pun,trip kali ni seronok la jgk coz dpt relaxkan otak,tp bukan badan tau,penat la..hehe coz kawasannye luas sangat kalu nak jalan...


~aksi gajah yang istimewa~


~sempat nak bergambar jugak tau..hehe~


~binatang-binatang yg terdapat disana..~

December 19, 2008

~Gunakan kanak-kanak~


Semalam dalam mana2 berita ada mengeluarkan rakaman dimana 'JERIT' ada menghantar memorandum ke Parlimen..tapi tu bukanlah penyebab aji nak menaip dalam blog ni..

Yang lebih aji nak tekankan ialah penggunaan kanak-kanak dalam mane2 perhimunan tidak kira la cara baik ataupun tidak. Sebagai seorang pendidik aji tergerak untuk menyatakan betapa 'dukacita' nya hati ini apabila kanak-kanak yang masih bersekolah digunakan oleh golongan dewasa atas dasar kepentingan tidak kira individu atau pun sebagainya.

Seperti yg dinyatakan oleh salah seorang YB dalam parlimen.."Cuba terangkan macam mana nak hantar memorandum kepada PM?"...come on la YB,aji bukan nak sebelah mana2 pihak,tapi sebagai orang yang berpengaruh @ terpelajar @ lebih baik cakap dah jadi YB pun...kenapa soalan mcm ni boleh terkeluar drpd seseorang yg bergelar YB,takkan sampai nak guna kanak-kanak..

Kanak-kanak yang digunakan juga diberi alasan bahawa mereka berhak menyatakan hasrat kehidupan mereka. Namun persoalannya, wajarkah mereka digunakan? Pendidik-pendidik masa kini semakin tercabar untuk mengharungi zaman..kalu anak-anak didik dah digunakan sebegini, apa pulak akan datang????

Kanak-kanak kini akan mula berfikir jika mereka boleh buat sesuatu kepada kerajaan, apa pula besok2 mereka boleh buat pada guru???erm..................................................

December 18, 2008

~Isteri Curang?~



erm...tajuk surat pertanyaan dari pembaca ni kepada Senator Dr Marshitah Ibrahim berkenaan apakah dia bersalah jika berlaku curang terhadap suaminya...? Apa nak jadi dunia sekarang pun Aji tak tahu la, bukan la ape..soalan yang ditanya sepatutnya dah tahu dah jawapannya...bagi kita sebagai orang Islam sudah maklum bahawa membelakangi suami atau isteri semestinya berdosa besar...any komen???

December 17, 2008

~Tennis PSKPP 08~



*Team Tennis PSKPPWPKL terdiri daripada En Fuzi,Hj Sahdar,En Halim,Cikgu Hamzan,Cikgu Adham,Cikgu Zamhuri,Cikgu Syukri,Cikgu Roslan,Cikgu Husaini & Cikgu Radzi...Penginapan dan tempat kejohanan berlangsung di USM,Pulau Pinang..


*Aji juga sempat berjalan ke tapak Pesta Pulau Pinang...tuk pengetahuan la,banyak kedai yg menjual pelbagai jenis barangan termasuk makanan..tetapi bagi pengamatan aji,tarikan utama pesta ini ialah bahagian 'Funzone'nya...terlalu ramai manusia terutamanya bangsa aji sendiri..erm,ntahla....



*beberapa gambar kejohanan,team Kuala Lumpur vs Selangor & Perak..tetapi kami tewas kedua-duanya sekali,iaitu kepada Selangor 1-4,kepada Perak pula 2-3...kami perlukan ramuan yang lebih baik bagi menghadapi pertandingan tahun hadapan..insyaALLAH kami akan mula latihan lebih awal dan akan memasuki sebarang tournament bagi membuat persiapan lebih rapi..


*lepas penat bermain,terus beli n belah kat Penang..beli jeruk la apa lagi..hehe


*aji n kwn2 sempat berjalan hingga ke Batu Feringggi, dlm perjalanan sempat gak singgah kat Tanjong Bunga, tengok Masjid Terapung..



*perjalanan pulang ke KL,masa ni balik naik feri tau..hehe

December 15, 2008

~Dapat Tukar~


Alhamdulillah aji dapat bertukar ke sekolah lain iaitu Sek. Keb. Cochrane, Jln, Shahbandar, Kuala Lumpur. Tuk pengetahuan aji bertukar adelah dalam beberapa faktor..nak tahu? hehe

1st - Jauh dari rumah kediaman...(ye la,aji la ni dok kat Bandar Tun Hussein Onn,jauh sangat nak ke sekolah,hampir setiap hari aji kuar rumah kul 6.15 pagi tau)
2nd - Penglibatan sukan terhad..(aji tak dapat nak aktif sangat coz sering penglibatan sukan aji disekat oleh majikan)
3rd - Last ni,tapi sebenarnya banyak sebab lain,keje tak dihargai...(sering dimarah walaupun takde pe yang salah..nyampah sangat..)

*persiapan tuk pindah sekolah

December 11, 2008

~Latihan Tennis PSKPP~


Aji dan kawan-kawan di bidang pendidikan akan mewakili Kuala Lumpur dalam acara Tennis di temasya sukan PSKPP yang akan berlangsung di Pulau Pinang dari 12 - 16 Disember 2008. Semoga segala latihan yang dibuat akan membuahkan hasil..Amin..

*beberapa gambar yg sempat diambil..