March 26, 2008

Nak Kahwin Lagi Ke?

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin
lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah.

Isteri : Kenapa pula?

Suami :Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one,
"dua"is two,
"tiga"isteri (is three). Baru betul dan sah!.


Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang
"singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka
abang MAMPUS, tambah "s" je
kan?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan
hasratnya untuk berkahwin lagi...

No comments: