Showing posts with label Tenis. Show all posts
Showing posts with label Tenis. Show all posts

July 07, 2009

~Wimbledon 2009~




Kejohanan Wimbledon Tahun 2009 ni melakar sejarah apabila Roger Federer dari Switzerland bergelar sebagai Lagenda tenis dunia. Beliau berjaya merangkul gelaran Grand Slam yg ke 15, mengatasi rekod Pete Sampras(14 gelaran).

Kemenangan ini juga melonjakkan beliau ke tangga pertama ranking dunia meletakkan Rafael Nadal di tangga kedua dunia. Pertandingan final hari tu sungguh mendebarkan aji. Setiap set menunjukkan lawan beliau iaitu Andy Roddick memberi saingan yg amat sengit..



Set pertama Federer tewas 5-7, namun pada set kedua beliau menang tie break 7-6. Set ketiga juga beliau menang dengan tie break 7-6. Namun pada set keempat Federer kalah mudah 3-6. Di sini aji lihat betapa hebatnya Roddick bermain sehingga penonton2 yg hadir memberi tepukan yg gemuruh. Pada set penentuan pula, tak sangka begitu lama..Federer dan Roddick masing2 tidak melepaskan mata servis mereka sehingga la keputusan Federer leading 15-14, beliau berjaya menyekat kemaraan Roddick dan keputusannya 16-14.


Apa yg aji boleh sangat2 puji ialah tahap kekebalan mental dan fizikal mereka berdua, hebat sangat sehinggakan tidak nampak langsung kepenatan di wajah mereka. Syabas diucapkan. (Kenapalah pemain2 di Malaysia tidak seperti mereka..huhu). Para peminat memberi tepukan yg sangat gemuruh pada mereka. Tak disangka juga ramai personaliti yg hadir masa tu. Di antaranya ialah Russell Crowe, Woody Allen dan Ben Stiller. Turut hadir pengurus MU Alex Ferguson.


~Federer & Roddick bersama trofi mereka~

June 14, 2009

~Tenis MSSM 2009 di Sarawak~



Kejohanan : Tenis MSSM 2009
Tempat : Kuching, Sarawak
Venue2 terlibat : Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA), Sarawak Club, Persatuan Tenis Bumiputra Sarawak (BTPS) dan Kelab Golf Sarawak.
Tarikh : 4 - 10 Jun 2009



~gambar-gambar seterusnya boleh didapati sini~

April 30, 2009

~Tenis MSSMKL di Jalan Duta Kuala Lumpur~




*3 org cikgu selaku 'court officer' n 'chair umpire'....


*beberapa situasi di Stadium Jalan Duta, K.Lumpur


*cikgu2 turut memberi sumbangan tugas kepada kejohanan


*perlawanan akhir U18 boys antara Edwin & Kenneth..Kenneth telah memenangi perlawanan..

~gambar-gambar sepanjang kejohanan di link sebelah~

April 23, 2009

~Kejohanan Tenis MSSMKL 09~


Temasya : Kejohanan Tenis MSSMKL 2009
Tempat : Stadium Tenis Jln Duta, Kuala Lumpur
Tarikh : 20 ~ 24 April 2009

March 11, 2009

~Klinik Tenis MSSMKL 09~


Date : 11 Mac 2009
Place : Pandan Lake Club, Pandan Perdana
Time : 8.00 am



*beberapa aktiviti yang diajar oleh jurulatih tenis KL.


*wartawan dari 'The Star' mengambil gambar murid-murid.


*cikgu-cikgu pun ambik kesempatan untuk bermain mini tenis.