Showing posts with label Funny. Show all posts
Showing posts with label Funny. Show all posts

August 15, 2009

~Harijadi Isteri (funny)~

Tiga orang lelaki sedang minum-minum di kedai Mat Top - seorang doktor, seorang jurutera dan seorang drebar teksi.

Doktor sambil minum kopinya berkata, "Harijadi isteri aku nanti aku akan belikan dia sebuah kereta dan sebentuk cincin berlian. Kalau dia tak suka kereta tu, dia masih sayang pada aku kerana dia dapat cincin berlian tu."

Jurutera pulak sambil minum teh tarik berkata, "Untuk isteri aku pulak aku akan belikan ketuhar dan jugak rantai mutiara. Kalu dia tak suka ketuhar dia masih sayangkan aku jugak coz ade rantai mutiara..hehe"

Drebar teksi dengan selambanya berkata, "Aku pulak bagi dia sehelai baju dan sebiji handphone, kalu dia tak suka baju dia boleh call kawan bagi tahu kawan-kawan dia!"

April 20, 2009

~Perbezaan antara isteri & girlfriend pada pandangan seorang suami~


1. Isteri macam TV, girlfriend macam handphone. Di rumah tengok TV, pergi ke luar bawa handphone.

2. Tak ada duit, jual TV. Ada duit, beli handphone baru.

3. Kadang-kadang seronok tengok TV, tapi selalunya banyak masa habis main handphone.

4. TV percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis line, taliannya akan ditamatkan serta-merta.

5. TV saiznya besar, berat dan dah buruk, tapi handphone cute, comel, ramping , banyak butang boleh picit dan boleh dibawa ke mana-mana, bila-bila masa saja.

6. Kos penyelenggaraan TV murah aja, lagipun jarang rosak, tapi handphone, mak oii..mahalnya. Selalu meragam pulak tu.

7. Yang sadisnya, TV ada remote control, tapi handphone tak ada.

8. Cuma satu aje kelebihan TV, tak ada virus. Tapi handphone...sekali kene virus, habislah!

9. Jadi, jangan pening kepala, pilihla TV anda. Kalau boleh yang plasma la ye...hehe

Sumber : Mastika Mei 2009

March 26, 2008

Nak Kahwin Lagi Ke?

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin
lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah.

Isteri : Kenapa pula?

Suami :Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one,
"dua"is two,
"tiga"isteri (is three). Baru betul dan sah!.


Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang
"singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka
abang MAMPUS, tambah "s" je
kan?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan
hasratnya untuk berkahwin lagi...

Burung Kakak Tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara telah membawa pulang Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? Istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??" Sambil mengangkat tangan kiri sambil memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop...

Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah...
Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"