Showing posts with label Own. Show all posts
Showing posts with label Own. Show all posts

July 08, 2009

~PPSMI dimansuhkan?~

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012



08/07/2009 2:50pm
PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

*Sumber Utusan Online

~kenyataan ini memang menyenangkan beberapa pihak..tetapi melihat kepada sumber bacaan aji iaitu Blog Tukar Tiub pun turut ade kebenarannya juga...baru sebentar tadi pun kenyataan daripada beberapa orang kenamaan(kecuali GAPENA), kenapa mesti tunggu sampai 2012 kalau dh pasti ade kecacatan dlm pelaksanaan PPSMI ni?erm.....mcm2 la hal tentang kisah ni...ape2 pun pade aji tak kisah la dlm BI ke BM ke yg penting pelaksanaannya...bukan kerana ape,anak bangsa terutamanya amatlah ketinggalan,bukan di kampung tetapi di bandar juga..jgn 'menyusahkan' semua yg terlibat secara langsung atau pun tidak...

July 07, 2009

~3 Ixora 2009~

Depan dari kiri : Nurul Nurshazleen, Najwa, Nur Irdina, Nor Azlia, Nur Arbiah Syuhada, Cikgu Radzi, Nur Rasheedah, Smirti, Satleen Kaur, Victoria dan Noor Farha Shasyiddah.

Baris Kedua dari kiri : Lim Hon Kay, M.Asyraf, Akif Farhan, Tan Yauu Phenn, Ahmad Khidri, Alif Hazaril Yip, Lim Ying Zheng, M.Azrul Amirul, M.Firhad, Manojsharan, Abd Rahman, M.Hamza, M.Ariff Fikri dan M.Syauqi.

Baris Belakang dari kiri : M.Razin, Ahmad Fadli, Tinagaran Raj, Deevesh Nair, Aiman Isaac, Gurvinder Singh, Afiq Aiman, Tivagaran Raj, M.Syafiq dan M.Zuhdi.

May 24, 2009

~Join DCL~

~malam tadi secara tidak rasmi aji telah join satu lagi MLM iaitu DCL dibawah kepimpinan Kak Mariatun...huhu~

May 17, 2009

~Selamat Hari Guru~



~Ucapan SELAMAT HARI GURU buat semua warga Pendidik di Malaysia
terutamanya teman2 di SK Cochrane, SK Polis Depot...
serta bekas2 guru yang telah mengajar saya dari dahulu hingga kini~

~semoga jasa kalian dapat dibalas dengan kebaikan, amin..~

February 11, 2009

~Gastrik rupenye.....~


*ubat2 yg kene makan...(yg dlm botol tu tak sedap..hehe)

Aji telah demam sejak 23 Januari lagi...aji turut telah pergi ke klinik sebanyak 3 kali...sepanjang tempoh rawatan,doktor memberitahu aji telah mengalami demam sahaja dan muntah2...tapi telah lama sangat badan ni tak sedap,aji g ke klinik kesihatan d Bt9,siap check darah takut2 ade denggi or ape2 yg lain...Alhamdulillah takde pe2,cume air dalam darah kurang...so,masuklah air pada ari tu...tapi bukan takat tu je..mgu dpnnye aji g kerja tapi tetap tidak bermaya dan muntah2 di sekolah...GB siap suruh balik lagi coz muka aji pucat sangat...dengan ehsan dan kasih sayang drpd abg din,dia bawak aji ke hospital Kajang..masuk wad kecemasan dan didapati aji dah kene GASTRIK tahap bahaya...doktor siap ckp kalu lewat maybe boleh kene ulser perut...so,membebel la doktor tu pada aji suruh makan ikut time...abg din pun nasihatkan aji untuk duduk/tinggal di rumah Dato Zain..tu pun sebab kalu nak mkn pe2 bibik siti ade tuk watkan makanan...hehe..

ape2 pun,alhamdulillah aji semakin sihat...aji nak ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga abg din yg tak jemu2 menjaga aji sepanjang aji tidak sihat ni...terima kasih sekali lagi...

October 23, 2008

~Tugas ku di SKPD 2008~

Di Sek. Keb. Polis Depot,Kuala Lumpur…..aji diminta tuk mengisi SKT, beberapa tugas yang aji rase nak bagitahu korang…lantaran nak bagitahu gak bahawa guru bukan sekadar mendidik,tetapi banyak keje lain..hehe..

Let’s check it out….

1.Pengurusan Sekolah & Pengurusan Kurikulum :
a) AJK Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
b) AJK Penyenggaraan Fizikal,Bangunan & Peralatan Sekolah
c) S/U Permuafakatan Kecemerlangan Sekolah (PERKASA)
d) AJK Sekolah Selamat
e) AJK Skim Bantuan Tuisyen
f) AJk Hari Anugerah Cemerlang Akademik & KoKurikulum
g) AJK Majlis Sambutan Maulidur Rasul
h) S/U Sambutan Hari Guru & Pekerja

2.Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) :
a) Ketua Guru Disiplin
b) AJK Bimbingan Kaunseling & Pembangunan Insaniah
c) Penyelaras Penghayatan Bulan Ramadhan

3.Pengurusan KoKurikulum
a) S/U Sukan
b) Guru Pengakap
c) Guru Kelab Anti Jenayah
d) Guru Nasyid
e) Guru Bola Tampar
f) S/U Pertandingan Antara Kelas
g) S/U Kejohanan Merentas Desa

amacam?boleh dapat SKT tinggi ke?haha..tu kalu nak dpt bgus kene pandai kipas la beb...hehe

ya……itu tugasanku pada Tahun 2008 ni,amacam?tu belum cite pasal mengajar lagi…hehe..jd kepada semua,sebagai guru tugas bukan sekadar mengajar didalam kelas,malah pengkeranian turut diberi…apalah nasib kami lebih2 lagi guru2 baru…

wassalam………….

March 27, 2008

New Comer...;-)

Model : Nokia 7710 (tc)


~my nokia dh ade teman baru,sejenis tp lain model ;-)~

My car in workshop...

Date : 15 March 2008
Place : MAR Service Centre, Bukit Katil, Melaka