July 08, 2009

~PPSMI dimansuhkan?~

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012



08/07/2009 2:50pm
PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

*Sumber Utusan Online

~kenyataan ini memang menyenangkan beberapa pihak..tetapi melihat kepada sumber bacaan aji iaitu Blog Tukar Tiub pun turut ade kebenarannya juga...baru sebentar tadi pun kenyataan daripada beberapa orang kenamaan(kecuali GAPENA), kenapa mesti tunggu sampai 2012 kalau dh pasti ade kecacatan dlm pelaksanaan PPSMI ni?erm.....mcm2 la hal tentang kisah ni...ape2 pun pade aji tak kisah la dlm BI ke BM ke yg penting pelaksanaannya...bukan kerana ape,anak bangsa terutamanya amatlah ketinggalan,bukan di kampung tetapi di bandar juga..jgn 'menyusahkan' semua yg terlibat secara langsung atau pun tidak...

3 comments:

Jingga Studies said...

aku setuju ngan hang 1000%

Sir Aji said...

tq doktor..aji pun tak faham diorg ni...huhu

SHARINA said...

saya sangat2 tak bersetuju PPSMI dimansuhkan!!!!