July 07, 2009

~Wimbledon 2009~




Kejohanan Wimbledon Tahun 2009 ni melakar sejarah apabila Roger Federer dari Switzerland bergelar sebagai Lagenda tenis dunia. Beliau berjaya merangkul gelaran Grand Slam yg ke 15, mengatasi rekod Pete Sampras(14 gelaran).

Kemenangan ini juga melonjakkan beliau ke tangga pertama ranking dunia meletakkan Rafael Nadal di tangga kedua dunia. Pertandingan final hari tu sungguh mendebarkan aji. Setiap set menunjukkan lawan beliau iaitu Andy Roddick memberi saingan yg amat sengit..



Set pertama Federer tewas 5-7, namun pada set kedua beliau menang tie break 7-6. Set ketiga juga beliau menang dengan tie break 7-6. Namun pada set keempat Federer kalah mudah 3-6. Di sini aji lihat betapa hebatnya Roddick bermain sehingga penonton2 yg hadir memberi tepukan yg gemuruh. Pada set penentuan pula, tak sangka begitu lama..Federer dan Roddick masing2 tidak melepaskan mata servis mereka sehingga la keputusan Federer leading 15-14, beliau berjaya menyekat kemaraan Roddick dan keputusannya 16-14.


Apa yg aji boleh sangat2 puji ialah tahap kekebalan mental dan fizikal mereka berdua, hebat sangat sehinggakan tidak nampak langsung kepenatan di wajah mereka. Syabas diucapkan. (Kenapalah pemain2 di Malaysia tidak seperti mereka..huhu). Para peminat memberi tepukan yg sangat gemuruh pada mereka. Tak disangka juga ramai personaliti yg hadir masa tu. Di antaranya ialah Russell Crowe, Woody Allen dan Ben Stiller. Turut hadir pengurus MU Alex Ferguson.


~Federer & Roddick bersama trofi mereka~

No comments: