February 11, 2009

~Gastrik rupenye.....~


*ubat2 yg kene makan...(yg dlm botol tu tak sedap..hehe)

Aji telah demam sejak 23 Januari lagi...aji turut telah pergi ke klinik sebanyak 3 kali...sepanjang tempoh rawatan,doktor memberitahu aji telah mengalami demam sahaja dan muntah2...tapi telah lama sangat badan ni tak sedap,aji g ke klinik kesihatan d Bt9,siap check darah takut2 ade denggi or ape2 yg lain...Alhamdulillah takde pe2,cume air dalam darah kurang...so,masuklah air pada ari tu...tapi bukan takat tu je..mgu dpnnye aji g kerja tapi tetap tidak bermaya dan muntah2 di sekolah...GB siap suruh balik lagi coz muka aji pucat sangat...dengan ehsan dan kasih sayang drpd abg din,dia bawak aji ke hospital Kajang..masuk wad kecemasan dan didapati aji dah kene GASTRIK tahap bahaya...doktor siap ckp kalu lewat maybe boleh kene ulser perut...so,membebel la doktor tu pada aji suruh makan ikut time...abg din pun nasihatkan aji untuk duduk/tinggal di rumah Dato Zain..tu pun sebab kalu nak mkn pe2 bibik siti ade tuk watkan makanan...hehe..

ape2 pun,alhamdulillah aji semakin sihat...aji nak ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga abg din yg tak jemu2 menjaga aji sepanjang aji tidak sihat ni...terima kasih sekali lagi...

February 05, 2009

~Usahawan Bukit Baru~


~nama usahawan : Yahya B Zakaria...modal starting perniagaan Rm2+++..rumah cendawan disewa berdepan dengan rumah makcik Wan...


~aji cukup berbangga dengan kerajinan kawan aji ni..dia bersungguh2 menjalankan bisnes cendawan dia...setiap cendawan yg telah matang akan dipetik dan dihantar ke kedai2 tomyam..

February 04, 2009

~Mengisi masa lapang di kampung~


Date : 1st February 2009
Place : Pulau Melaka, Melaka
Info : First time menjala.....hehe

~Kami menjala n memancing di bawah jambatan ke Pulau Melaka...ini kerana mase kami smpai air laut masih pasang....


~Kami menunggu sehingga air laut surut agar kami boleh turun ke dalam laut untuk menjala...wah,pengalaman aji kali ni memang seronok la....


~Aji bukan g berseorangan...tapi termasuk 3 org kawan yg lain iaitu Acit,Lopek n Shahrul...fuh..banyak gak la kami dapat hari tu,penat n panas takyah la nak cite..kat pulau Melaka lum ade org n pokok2,so panas sangat ritu,kulit pun boleh tukar warna...


~time mlmnye pulak kami ape lg...plan la mcm2 iaitu bakar semua ikan yg ade...seronok bile wat ramai2 ni...hehe


~setelah siap dibakar...ape lagi,kami pun bedal ikan2 yg telah dimasak tu...sedap wuuu,kalah ikan bakar tempat lain,bukan pe...die nye rencah yg dibuat Hj Babe sangat sedap tau...boleh wat lagi macam ni kalu free or cuti panjang..hehe

December 27, 2008

~SELAMAT BERHUJUNG MINGGU~

December 24, 2008

~Animal World Safari, A'Famosa~



Aji & family Kak Nita g ke Animal World Safari @ A'Famosa, Alor Gajah, Melaka..tujuan g jalan2 ni pun coz nak bawak si Manan yg tak pernah g ke sana..hehe..tapi nak tahu kisahnye,si Manan ni boring pulak dia..(tapi kalu tang BEN10 memg dasyat dia ni..hehe)

Kami g lewat gak selepas Hanan balik dari Tuisyen,so smpai2 terus dpt tgk show Wild Wild West..fuh,nasib baik sempat. Pastu kami terus dapat tgk show2 berikutnya,(multi animal show,bird show n elephant show). Wat sesiapa yg nk ke sana kene la pilih time yg sesuai,show2 berulang 2 kali sehari,belah pagi n ptg..

Ape2 pun,trip kali ni seronok la jgk coz dpt relaxkan otak,tp bukan badan tau,penat la..hehe coz kawasannye luas sangat kalu nak jalan...


~aksi gajah yang istimewa~


~sempat nak bergambar jugak tau..hehe~


~binatang-binatang yg terdapat disana..~

December 19, 2008

~Gunakan kanak-kanak~


Semalam dalam mana2 berita ada mengeluarkan rakaman dimana 'JERIT' ada menghantar memorandum ke Parlimen..tapi tu bukanlah penyebab aji nak menaip dalam blog ni..

Yang lebih aji nak tekankan ialah penggunaan kanak-kanak dalam mane2 perhimunan tidak kira la cara baik ataupun tidak. Sebagai seorang pendidik aji tergerak untuk menyatakan betapa 'dukacita' nya hati ini apabila kanak-kanak yang masih bersekolah digunakan oleh golongan dewasa atas dasar kepentingan tidak kira individu atau pun sebagainya.

Seperti yg dinyatakan oleh salah seorang YB dalam parlimen.."Cuba terangkan macam mana nak hantar memorandum kepada PM?"...come on la YB,aji bukan nak sebelah mana2 pihak,tapi sebagai orang yang berpengaruh @ terpelajar @ lebih baik cakap dah jadi YB pun...kenapa soalan mcm ni boleh terkeluar drpd seseorang yg bergelar YB,takkan sampai nak guna kanak-kanak..

Kanak-kanak yang digunakan juga diberi alasan bahawa mereka berhak menyatakan hasrat kehidupan mereka. Namun persoalannya, wajarkah mereka digunakan? Pendidik-pendidik masa kini semakin tercabar untuk mengharungi zaman..kalu anak-anak didik dah digunakan sebegini, apa pulak akan datang????

Kanak-kanak kini akan mula berfikir jika mereka boleh buat sesuatu kepada kerajaan, apa pula besok2 mereka boleh buat pada guru???erm..................................................

December 18, 2008

~Isteri Curang?~



erm...tajuk surat pertanyaan dari pembaca ni kepada Senator Dr Marshitah Ibrahim berkenaan apakah dia bersalah jika berlaku curang terhadap suaminya...? Apa nak jadi dunia sekarang pun Aji tak tahu la, bukan la ape..soalan yang ditanya sepatutnya dah tahu dah jawapannya...bagi kita sebagai orang Islam sudah maklum bahawa membelakangi suami atau isteri semestinya berdosa besar...any komen???