March 16, 2009

~SK Cochrane naib johan zon pudu~



Tahniah buat pasukan bola sepak SK Cochrane kerana telah berjaya mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan bola sepak MSSMKL Zon Pudu yang lalu. Tidak lupa juga buat jurulatih mereka,iaitu cikgu Syuhaidy, cikgu Suhami dan cikgu Syukri.

Keputusan2 :

peringkat kumpulan
  • vs SJK(T)... 11-0
  • vs Sri Garden... 4-0
  • vs SK Maluri 0-2
pusingan kedua
  • vs SK Alam Damai 2-1
suku akhir
  • vs SK Seri Cheras 2-1
separuh akhir
  • vs SK SB Utara 2-0
akhir
  • vs SK Maluri 0-0 (penalti 6-7)

March 12, 2009

~Didikan kepada anak~

• anak yang sering dikritik,
hanya akan belajar menghina

• anak yang sering diherdik,
hanya akan belajar melawan

• anak yang sering diperkecil-kecilkan,
hanya akan jadi seorang yang pemalu

• anak yang sering dicemburui,
akan merasa bersalah

• anak yang hidup dalam suasana toleransi,
akan menjadi penyabar

• anak yang sering diberi dorongan,
akan menjadi bertambah yakin

• anak yang sentiasa dipuji,
akan belajar mensyukuri

• anak yang hidup dalam kegembiraan,
akan menjadi adil

• anak yang hidup dalam keadaan selamat,
akan teguh pendirian

• anak yang dihormati,
akan belajar mencintai dirinya.

Sumber : Blog PIBG S.K.Cochrane

March 11, 2009

~Klinik Tenis MSSMKL 09~


Date : 11 Mac 2009
Place : Pandan Lake Club, Pandan Perdana
Time : 8.00 am



*beberapa aktiviti yang diajar oleh jurulatih tenis KL.


*wartawan dari 'The Star' mengambil gambar murid-murid.


*cikgu-cikgu pun ambik kesempatan untuk bermain mini tenis.

March 10, 2009

~The Punisher~

Aji baru je dapat tgk cite ni di wayang semalam (9 Mac 2009) walaupun sudah lama ditayangkan..ini kerana kesibukan diri ini,hehe..tapi nak diberitahu bahawa cite ni begitu menerujakan aji kerana aksi2 ganas serta pembunuhan tanpa belas ihsan yang diketengahkan dalam cite ni.

Tak dapat dinafikan tajuknye pun 'Zon Peperangan'(War Zone),tapi memang ganas tahap cipan dan sepatutnya tidak ditayangkan di Malaysia.Ganas sangat sampai aji pun berfikir adakah realiti kehidupan ada mcm ni?hah,jawapannya memang ada,so takpe la cite ni ditayangkan...cuma tidak sesuai bagi golongan bawah 18 tahun...

Cite ni sebenarnya diadaptasi dari komik,cuma ditambah jalan penceritaan agar lebih menarik. Canggih la orang putih buat cite mcm ni..ni beberapa hari lagi cite Dragonball pulak...ayoyo..banyak pulak cite best masuk ni,taknak lepaskan peluang,hehe...pe2 pun aji tetap puji Malaysian nye work iaitu 'geng n upin & ipin'...hehe

March 08, 2009

~Maulidur Rasul 1430h~



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430H
KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA

March 07, 2009

~Salah Cikgu ke?~

"SALAH CIKGU KE????"



Itulah pertanyaan yang Aji nak kemukakan jika perkara-perkara melibatkan disiplin murid-murid masa kini semakin meresahkan...jika hendak dibandingkan zaman memang berubah sangat.dulu mcm-mcm benda takda,tapi mase kini 'dunia d hujung jari je'..

Pada pandangan peribadi Aji la, sebagai bekas seorang murid dan kini bergelar 'guru'..masalah disiplin semuanya adalah pada diri seseorang tu sendiri, tetapi tetap boleh dikaitkan dengan anasir sampingan seperti pengaruh rakan sebaya dan juga masalah peribadi serta tidak boleh dilupakan masalah keluarga..

Dari segala media baik elektronik atau pun cetak, kini lebih kepada gejala sosial yg melibatkan kalangan pelajar sekolah menengah..disiplin tetap dikaitkan dengan sekolah, guru dipersalahkan kerana tidak mengawal murid...adakah semuanya berkaitan?ye....tetapi adakah cikgu dibayar untuk mengawal murid-murid sepanjang 24 jam sehingga tidak perlu melakukan aktiviti lain?adakah guru dibayar gaji lebih untuk memastikan mereka mengikut peraturan sepanjang masa? fikir-fikirkan lah ye...

Yang nak kita tengok adalah tanggungjawab bersama antara guru dan ibu bapa untuk memastikan murid-murid atau pelajar-pelajar ini dapat mengubah diri mereka sendiri...pandai menilai mane yg baik ataupun buruk. Disamping itu juga mereka (pelajar-plajar) perlu ada kesedaran diri sendiri untuk menjadi yg terpelajar. Jangan hanya pandai menunding jari kepada sesiapa atas kesalahan diri sendiri.



Bersama-samalah kita berdoa agar pelajar2 ini berfikir sebelum melakukan ape2 tindakan yg boleh menyebabkan kejadian yg tidak diingini berlaku.

March 03, 2009

~SK Cochrane menang lagi~


Date : 2,3 & 4 Mac 2009
Place : SK (L) Jalan Pasar 1
Kejohanan : Bola Sepak MSSMKL Zon Pudu


~cikgu Suhaidy sempat jadi Linesman tau~


~pasukan SKC membuat warming up~


~cikgu suhaidy memberi kata2 semangat kepada pasukan~


~guru2 yg turut hadir memberi semangat (cikgu Jamal, cikgu Zulfadly, cikgu Radzi..hehe)~


~sebelum bermula (vs Sri Garden)~


~half time (SKC 1 - 0 SSG)~


~tamat perlawanan dan cikgu Jamal memberi ucapan tahniah (SKC 4 - 0 SSG)

Tahniah buat pasukan bola sepak SK Cochrane yang berjaya kali kedua...sebelumnya SKC membelasah sekolah tamil 11 gol tidak berbalas....semoga mereka melakar kemenangan pada perlawanan seterusnya...Amin....