July 12, 2009

~Pelancaran 1 Malaysia~



Majlis Pelancaran 1 Malaysia KPM 2009
di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (TPM/Menteri Pelajaran)


~beberapa persembahan yang dihidangkan~


~sebelum penuh..(7.00a.m) dan selepas penuh..(9.00a.m)~


~murid2 makan sebelum pulang~



~persembahan paling menarik~

~Persandingan 11 Julai 2009~



Majlis : Perkahwinan Mohd Saffuan
Tempat : Tingkat 1 bangunan RISDA, Ampang
Masa : 1.30 p.m

~Saffuan ni anak kepada sepupu aji, kak Jamilah..aji ke majlis selepas selesai menghadiri Majlis Pelancaran 1 Malaysia di Tasik Titiwangsa..~

July 08, 2009

~PPSMI dimansuhkan?~

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012



08/07/2009 2:50pm
PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

*Sumber Utusan Online

~kenyataan ini memang menyenangkan beberapa pihak..tetapi melihat kepada sumber bacaan aji iaitu Blog Tukar Tiub pun turut ade kebenarannya juga...baru sebentar tadi pun kenyataan daripada beberapa orang kenamaan(kecuali GAPENA), kenapa mesti tunggu sampai 2012 kalau dh pasti ade kecacatan dlm pelaksanaan PPSMI ni?erm.....mcm2 la hal tentang kisah ni...ape2 pun pade aji tak kisah la dlm BI ke BM ke yg penting pelaksanaannya...bukan kerana ape,anak bangsa terutamanya amatlah ketinggalan,bukan di kampung tetapi di bandar juga..jgn 'menyusahkan' semua yg terlibat secara langsung atau pun tidak...

July 07, 2009

~3 Ixora 2009~

Depan dari kiri : Nurul Nurshazleen, Najwa, Nur Irdina, Nor Azlia, Nur Arbiah Syuhada, Cikgu Radzi, Nur Rasheedah, Smirti, Satleen Kaur, Victoria dan Noor Farha Shasyiddah.

Baris Kedua dari kiri : Lim Hon Kay, M.Asyraf, Akif Farhan, Tan Yauu Phenn, Ahmad Khidri, Alif Hazaril Yip, Lim Ying Zheng, M.Azrul Amirul, M.Firhad, Manojsharan, Abd Rahman, M.Hamza, M.Ariff Fikri dan M.Syauqi.

Baris Belakang dari kiri : M.Razin, Ahmad Fadli, Tinagaran Raj, Deevesh Nair, Aiman Isaac, Gurvinder Singh, Afiq Aiman, Tivagaran Raj, M.Syafiq dan M.Zuhdi.

~Wimbledon 2009~




Kejohanan Wimbledon Tahun 2009 ni melakar sejarah apabila Roger Federer dari Switzerland bergelar sebagai Lagenda tenis dunia. Beliau berjaya merangkul gelaran Grand Slam yg ke 15, mengatasi rekod Pete Sampras(14 gelaran).

Kemenangan ini juga melonjakkan beliau ke tangga pertama ranking dunia meletakkan Rafael Nadal di tangga kedua dunia. Pertandingan final hari tu sungguh mendebarkan aji. Setiap set menunjukkan lawan beliau iaitu Andy Roddick memberi saingan yg amat sengit..



Set pertama Federer tewas 5-7, namun pada set kedua beliau menang tie break 7-6. Set ketiga juga beliau menang dengan tie break 7-6. Namun pada set keempat Federer kalah mudah 3-6. Di sini aji lihat betapa hebatnya Roddick bermain sehingga penonton2 yg hadir memberi tepukan yg gemuruh. Pada set penentuan pula, tak sangka begitu lama..Federer dan Roddick masing2 tidak melepaskan mata servis mereka sehingga la keputusan Federer leading 15-14, beliau berjaya menyekat kemaraan Roddick dan keputusannya 16-14.


Apa yg aji boleh sangat2 puji ialah tahap kekebalan mental dan fizikal mereka berdua, hebat sangat sehinggakan tidak nampak langsung kepenatan di wajah mereka. Syabas diucapkan. (Kenapalah pemain2 di Malaysia tidak seperti mereka..huhu). Para peminat memberi tepukan yg sangat gemuruh pada mereka. Tak disangka juga ramai personaliti yg hadir masa tu. Di antaranya ialah Russell Crowe, Woody Allen dan Ben Stiller. Turut hadir pengurus MU Alex Ferguson.


~Federer & Roddick bersama trofi mereka~

~Perkahwinan Kawan-kawan~

14 Jun 2009


~Yahya @ aye ni kawan aji dr sekolah rendah..juga dikenali sebagai usahawan muda di mana dia ni ade 'membela' serumah cendawan untuk diniagakan..~




28 Jun 2009


~Jeffry ni pulak budak kampung aji (bukit baru,kg ku sayang). Seorang guru KPLI di Melaka..~

June 21, 2009

~Selamat Hari Bapa~





Selamat Hari Bapa buat baba (Yahaya b Idris). Terima kasih kerana mendidik, menjaga dan membesarkan Aji dengan penuh kasih sayang selama ini...jasa baba akan Aji kenang sampai bila-bila.....

Terima Kasih n Selamat Hari Bapa buat baba tersayang....